Archive

Archive for the ‘Sekolah Memandu’ Category

HARGA LESEN MEMANDU BAKAL DINAIKKAN 2011?

December 3, 2010 10 comments

Berkemungkinan besar harga lesen memandu akan dinaikkan pada tahun depan.  Ia mungkin terjadi kerana faktor-faktor di bawah :

 

1) Pertukaran Kenderaan Belajar Memandu Dari Kancil Ke Viva

Baru-baru ini Pihak J.P.J. telah mengumumkan bahawa sekolah-sekolah memandu dan insititut-institut memandu dikehendaki menggunakan kereta model Perodua Viva sahaja. Pertukaran kenderaan ini akan menyebabkan pertambahan kos di mana harga Viva adalah lebih mahal berbanding Kancil. Pengusaha-pengusaha sekolah memandu juga akan merasai tekanan kerana terpaksa mengeluarkan modal baru untuk membeli Viva.

2) Institut-Institut Memandu Akan Dinaik Taraf

Disebabkan persaingan yang semakin hebat, pastinya institut-institut memandu akan cuba untuk menaik taraf institut masing-masing. Ia seperti mengubah suai litar belajar memandu supaya menjadi lebih maju. Servisnya juga pasti kan dipertingkatkan supaya nampak lebih profesional. Kenderaan-kenderaan yang di unakan sekarang akan diganti baru dalam usaha mereka menarik minat pelajar. Pastinya kesemua perubahan ini akan memakan kos yang tinggi.

3) Harga Petrol Naik.

Kenaikan harga petrol sudah tentu akan menaikkan kos belajar memandu. Ini kerana harga petrol memainkan peranan penting dalam penentuan harga.

4) Kenaikan Kos-Kos Pengendalian Institut Memandu

Pastinya setiap tahun akan berlaku kenaikan kos-kos pengendalian institut memandu. Ia seperti kenaikan gaji pekerja, pengubahsuaian litar dan membaik pulih kenderaan yang digunakan untuk belajar memandu. Walaupun institut memandu sedaya upaya untuk cuba mengekalkan harga lama, perkara ini berada di luar kawalan mereka.

5) Penggunaan Kenderaan Auto

Terdapat beberapa cadangan meminta kenderaan auto dibenarkan untuk pengambilan lesen memandu. Walaupun cadangan ini dilihat agak baik kerana ianya lebih nampak mudah, cara perlaksanaannya pasti akan mengakibatkan kenaikan harga yang tinggi. Walaubagaimanapun, anda masih lagi boleh memilih untuk belajar kenderaan manual yang pastinya lebih murah.

 

Secara kesimpulannya, walaupun kita melihat terdapat kemungkinan harga lesen memandu akan naik, saya merasakan harga itu tidak akan naik terlalu tinggi sehingga membebankan pelajar. Ini kerana terdapat beberapa faktor. Salah satu daripadanya ialah kegawatan ekonomi di negara kita sudah tentu akan menyebabkan pelajar untuk fikir 2 kali untuk mengambil lesen jika harganya mahal. Selain itu juga, persaingan yang hebat di kalangan institut-institut memandu juga kana menyebabkan mereka cuba untuk mengawal harga supaya ianya tidak terlalu mahal dan mampu untuk bersaing. Ini kerana jika dilihat sekarang ini semakin banyak litar-litar baru yang dibuka di seluruh negara.

Pihak Kerajaan Malaysia juga cuba untuk mengawal harga lesen memansu ini supaya ia dapat memberi keuntungan kepada semua pihak. Walaupun pihak institut memandu sebenarnya tidak suka untuk menaikkan harga, harus diingat mungkin terdapat sesetengah perkara yang tidak mampu dikawal seperti faktor-faktor di atas. Ini kerana semua orang yang berniaga pastinya tidak mahu rugi.

Categories: Sekolah Memandu