Archive

Archive for the ‘Keselamatan Di Jalan Raya’ Category

PIHAK J.P.J. AKAN MENAIKI BAS EKSPRESS SEBAGAI PENUMPANG

February 24, 2011 4 comments

Berikutan banyak kes kemalangan jalan raya yang melibatkan bas-bas ekspress kebelakangan ini, seperti yang melibatkan bas 2 tingkat di lebuhraya Simpang Pulai – Cameron Highlands di mana seramai 27 orang Thai, serta 3 orang rakyat Malaysia telah terkorban, pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (J.P.J.) telah membuat keputusan untuk menjadi penumpang kepada bas-bas express dengan tujuan memberkas para pemandu yang melakukan kesalahan.

Tahun ini sahaja, bas-bas ekspress yang terlibat dalam kemalangan-kemalangan yang ngeri dan dahsyat telahpun dilaporkan. Setakat ini, 2 syarikat bas ekspress besar, telahpun dibatalkan lesen ataupun permit mereka oleh pihak Commercial Vehicle Licensing Board (CVLB).

Menurut suatu laporan yang tebaru, operasi yang di jalankan oleh pihak J.P.J. dari tempoh 31hb Disember 2010 hingga 2hb Januari 2011, iaitu dalam  tempoh 3 hari sahaja, beberapa bas-bas ekspress telahpun di saman untuk beberapa kesalahan-kesalahan di bawah Tourism Vehicle Licensing Act 1999 (Akta 594).

Di bawah, saya senaraikan kesalahan-kesalahan yang membabitkan bas-bas ekspress:
1) Tidak ada senarai penumpang-penumpang – 71 kesalahan.

2) Tidak mempunyai jadual rancangan – 20 kesalahan.

3) Tidak mempunyai pembantu pelawat – 18 kesalahan.

4) Tidak mempamerkan permit – 7 kesalahan.

5) Mengubahkan kedudukan struktur bas – 11 kesalahan.

Manakala di bawah Akta CVLB 1987, kesalahan-kesalahan yang di laksanakan oleh bas-bas ekspress itu termasuk:
1) Tidak mempunyai lesen memandu sah – 2 kesalahan.

2) Memalsukan dokumen-dokumen – 2 kesalahan.

3) Beroperasi sebagai bas ekspress – 2 kesalahan.

4) Tidak mempunyai insurans – 2 kesalahan.

5) Lain-lain kesalahan – 11 kesalahan.

Jumlah kedua-dua kesalahan adalah 148 kesemuanya. Berikutan operasi yang tertera di atas, Menteri Pengangkutan Jalan Malaysia, Datuk Kong telahpun memberi amaran tegas kepada pengusaha-pengusaha bas ekspress serta para pemandu bas, supaya meningkatkan lagi prestasi mereka.

Berucap tentang operasi yang terbaru ini, J.P.J. mengatakan bahawa pegawai-pagawainya akan membeli tiket dan naik bas-bas express secara random. Mereka bertugas memmerhatikan tingkah laku serta kesalahan-kesalahan yang dilakukan oleh para pemandu sepanjang perjalanan.