Home > Undang-Undang > 9 SEBAB KENAPA PEMANDU DI MALAYSIA PALING TERUK DI DUNIA

9 SEBAB KENAPA PEMANDU DI MALAYSIA PALING TERUK DI DUNIA

Terdapat banyak sebab mengapa rakyat asing menganggap rakyat Malaysia sebagai pemandu paling teruk di dunia. Jika kita mengkaji secara mendalam mengapa kita sebagai pemandu-pemandu di Malaysia dianggap begitu oleh rakyat asing, pastinya antara sebab tersebut ialah:

1) Disiplin yang lemah di kalangan pemandu

Disiplin yang lemah menyebabkan ramai pemandu di Malaysia mengabaikan undang-undang di jalan raya. Contohnya seperti apabila menghadapi lampu isyarat merah, terdapat beberapa yang memilih untuk mengabaikannya dan sekaligus melanggarnya. Telah banyak berlaku kemalangan-kemalanga maut akibat daripada tindakan melanggar lampu isyarat merah ini.

2) Tidak mematuhi lampu isyarat

Sekali lagi, disebabkan disiplin yang lemah, pemandu-pemandu dan penunggang motosikal lebih cenderung untuk mengabaikan lampu isyarat. Ini merupakan satu lagi contoh di mana pemandu tidak mengikuti lampu isyarat. Jika diperhatikan terdapat beberapa kenderaan yang pada mulanya berhenti ketika lampu merah akan bergerak kerana sudah tidak sabar lagi untuk menunggu terlalu lama. Sikap tidak sabar di lampu isyarat ini cukup berbahaya. Kemalangan-kemalangan boleh berlaku dengan mudah. Pemandu kereta adalah dinasihatkan untuk berfikir dengan berhati-hati mengenai ini.

3) Memotong di sebelah kiri jalan

Memotong di sebelah kiri jalan tidak dibenarkan kerana ia berbahaya. Tetapi pemandu-pemandu Malaysia kelihatan gemar untuk menggunakan cara ini ketika memandu. Selalu kita lihat penunggang motorsikal yang gemar untuk memotong di sebelah kiri jalan.

4) Memandu terlalu laju

Walaupun terdapat papan tanda had laju di sepanjang jalan raya, tidak ramai yang mematuhinya. Kebiasaannya had laju untuk lebuhraya-lebuhraya persekutuan ialah 80 atau 90 kilometer sejam manakala lebuhraya-lebuhraya yang menghubungkan antara negeri-negeri di Semenanjung Malaysia seperti Lebuhraya Utara Selatan, had lajunya ialah 110 kilometer sejam. Banyak kes kemalangan maut yang berlaku di negara ini adalah akibat daripada memandu terlalu laju. Oleh itu, sila patuhi had laju. “Biar Lambat Asal Selamat”.

5) Tidak berhenti di persimpangan

Ramai pemandu dan penunggang motosikal mempunyai satu kecenderungan untuk tidak berhenti di persimpangan. Terutamanya di simpang jalan yang tidak mempunyai lampu isyarat walaupun terdapat papan tanda “Berhenti” di situ. Cara sebegini mudah mengakibatkan kemalangan. Alangkah bagusnya jika semua pemandu di Malaysia dapat berhenti terlebih dahulu ketika di persimpangan. Kemudia lihat kiri dan kanan jalan, jika tiada kenderaan barulah anda boleh meneruskan perjalanan. Dengan ini sekaligus dapat mengurangkan kadar kemalangan.

6) Tidak memakai topi keledar

Walaupun terdapat satu undang-undang yang memerlukan penunggang dan pembonceng motosikal untuk memakai topi keledar, masih ramai yang tidak mengendahkannya terutama sekali di kampung-kampung dan kawasan pedalaman. Setiap tahun banyak kes kemalangan maut yang berlaku adalah melibatkan penunggang dan pembonceng motosikal. Kerajaan telah melancarkan banyak kempen untuk menggalakkan orang awam untuk memakai topi keledar. Baru-baru ini dalam satu kempen, sejumlah 135,000 topi keledar telah diberikan secara percuma kepada penunggang motosikal.

7) Kegagalan untuk menggunakan isyarat bila membelok

Penggunaan isyarat-isyarat dan penunjuk-penunjuk bila membelok adalah penting. Ia sebagai petunjuk kepada kenderaan lain di belakang dan hadapan anda. Kegagalan pemandu memberikan isyarat secukupnya ketika memasuki simpang mungkin akan menyebabkan anda dirempuh dari belakang oleh pemandu lain.

8) Memotong di garisan-garisan berkembar

Memotong di garisan-garisan berkembar adalah tidak dibenarkan sama sekali. Oleh itu, jangan sesekali melakukannya kerana ianya amat berbahaya. Kebiasaannya garisan-garisan berkembar ini ada di selekoh-selekoh tajam. Pemandu sama sekali tidak dapat melihat dengan jelas kehadiran kenderaan di hadapan. Ini juga merupakan faktor utama banyak kemalangan jalan raya berlaku di Malaysia.

9) Gagal berhenti di lintasan pejalan kaki

Di Singapura , kegagalan pemandu untuk berhenti di lintasan pejalan kaki ketika ada yang mahu melintas adalah satu kesalahan yang serius. Walaubagaimanapun, di Malaysia pemandu-pemandu lebih gemar untuk meneruskan perjalanan walaupun melihat ada pejalan kaki yang mahu melintas di lintasan tersebut. Sikap ini cukup mengecewakan kerana ianya tidak menunjukkan rasa bertimbang-rasa dan bertanggungjawab di kalangan pemandu di negara ini.

Categories: Undang-Undang
  1. December 13, 2011 at 9:29 pm

    harap perangai ini diubah

  2. nadd
    February 10, 2012 at 8:43 am

    semoga pemandu di malaysia sedar penting nya menjadi pemandu berhemah..

  3. MyGooner
    October 6, 2013 at 8:16 am

    Jangan lupa: Memandu perlahan di lorong laju

  4. ramaiygtidakbrtimbangrasa
    September 19, 2014 at 8:18 am

    di tempat lintasan pejalan kaki, ramai rakyat Malaysia memang tidak bertimbang rasa… dah la laju semacam bawak kereta dari jauh dah nampak ada orang lintas kat situ tapi langsung tak tekan brek,.. siap hon lagi nak tunjuk dia marah… gila betul..

  5. amalina
    May 10, 2015 at 8:11 pm

    lesen D kereta untuk tahun 2015 agak mahal. pastu agak sukar untuk lulus.memang sengaja ke cipta silibus pelajaran yang mengarut ni?

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: