PIHAK J.P.J. AKAN MENAIKI BAS EKSPRESS SEBAGAI PENUMPANG

February 24, 2011 4 comments

Berikutan banyak kes kemalangan jalan raya yang melibatkan bas-bas ekspress kebelakangan ini, seperti yang melibatkan bas 2 tingkat di lebuhraya Simpang Pulai – Cameron Highlands di mana seramai 27 orang Thai, serta 3 orang rakyat Malaysia telah terkorban, pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (J.P.J.) telah membuat keputusan untuk menjadi penumpang kepada bas-bas express dengan tujuan memberkas para pemandu yang melakukan kesalahan.

Tahun ini sahaja, bas-bas ekspress yang terlibat dalam kemalangan-kemalangan yang ngeri dan dahsyat telahpun dilaporkan. Setakat ini, 2 syarikat bas ekspress besar, telahpun dibatalkan lesen ataupun permit mereka oleh pihak Commercial Vehicle Licensing Board (CVLB).

Menurut suatu laporan yang tebaru, operasi yang di jalankan oleh pihak J.P.J. dari tempoh 31hb Disember 2010 hingga 2hb Januari 2011, iaitu dalam  tempoh 3 hari sahaja, beberapa bas-bas ekspress telahpun di saman untuk beberapa kesalahan-kesalahan di bawah Tourism Vehicle Licensing Act 1999 (Akta 594).

Di bawah, saya senaraikan kesalahan-kesalahan yang membabitkan bas-bas ekspress:
1) Tidak ada senarai penumpang-penumpang – 71 kesalahan.

2) Tidak mempunyai jadual rancangan – 20 kesalahan.

3) Tidak mempunyai pembantu pelawat – 18 kesalahan.

4) Tidak mempamerkan permit – 7 kesalahan.

5) Mengubahkan kedudukan struktur bas – 11 kesalahan.

Manakala di bawah Akta CVLB 1987, kesalahan-kesalahan yang di laksanakan oleh bas-bas ekspress itu termasuk:
1) Tidak mempunyai lesen memandu sah – 2 kesalahan.

2) Memalsukan dokumen-dokumen – 2 kesalahan.

3) Beroperasi sebagai bas ekspress – 2 kesalahan.

4) Tidak mempunyai insurans – 2 kesalahan.

5) Lain-lain kesalahan – 11 kesalahan.

Jumlah kedua-dua kesalahan adalah 148 kesemuanya. Berikutan operasi yang tertera di atas, Menteri Pengangkutan Jalan Malaysia, Datuk Kong telahpun memberi amaran tegas kepada pengusaha-pengusaha bas ekspress serta para pemandu bas, supaya meningkatkan lagi prestasi mereka.

Berucap tentang operasi yang terbaru ini, J.P.J. mengatakan bahawa pegawai-pagawainya akan membeli tiket dan naik bas-bas express secara random. Mereka bertugas memmerhatikan tingkah laku serta kesalahan-kesalahan yang dilakukan oleh para pemandu sepanjang perjalanan.

KADAR DISKAUN INSURANS KENDERAAN DI MALAYSIA

Ketika mahu memperbaharui cukai jalan kenderaan, pemilik kereta dan motosikal wajib juga untuk memeperbaharui insuran kenderaan mereka. Ia juga berlaku kepada kenderaan lain seperti lori, trailer dan bas.

Di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987, cukai jalan hanya akan dikeluarkan setelah pemilik kenderaan memperbaharui insurans kenderaan mereka. Tanggungan insurans kenderaan terdiri daripada 2 jenis iaitu:
i 1st party atau liputan menyeluruh sesebuah kenderaan
ii) 3rd party atau liputan untuk pihak ketiga

Untuk motosikal, jumlah tanggungan insuran tersebut sedikit berbeza. Tidak seperti tahun-tahun sebelumnya, di mana hanya insurans pihak ketiga diperlukan, hari ini, pihak berkuasa telah menegaskan bahawa insurans motorsikal perlu dibuat menerusi “All Riders’ Policy”.

Menyentuh mengenai liputan insurans untuk kenderaan dan motosikal, sudah tentu insuran 1st party harganya lebih mahal. Sedangkan, insurans pihak ke-3 harganya jauh lebih murah.

Hari ini, tiada permasalahan yang timbul ketika kita hendak membeli insurans 1st party. Walaubagaimanapun, kita akan mendapati  agak sukar ketika kita cuba untuk membeli insurans pihak ke-3 terutamanya bagi pemilik kenderaan yang sudah berusia 10 tahun ke atas.

Kerajaan kini masih lagi berbincang mengenai penubuhan sebuah syarikat baru yang akan menguruskan insurans pihak ke-3 ini. Syarikat insurans baru yang akan dinamakan sebagai NewCo TIPID ini dijangka akan ditubuhkan pada awal tahun 2011.

Apabila kita mengatakan tentang insurans kenderaan, kita juga perlu tahu mengenai berapa kadar diskaun insurans yang boleh ditebus pada setiap tahun. Kadar diskaun ini dinamakan sebagai Non Claims Bonus (N.C.B.) atau No Claims Discount (N.C.D.).

Syarikat insurans memberikan diskaun kepada pemilik kenderaan pada setiap tahun. Ia bertindak sebagai pendorong kepada pemandu supaya memandu dengan berhati-hati dan menjadi seorang pemandu yang berhemah. Mereka yang tidak terlibat dalam kemalangan akan diberikan diskaun tertentu. Ia juga sekaligus mengurangkan beban kepada pemilik-pemilik kenderaan ketika mahu membayar insurans kenderaan mereka pada setiap tahun.

Berikut ialah kadar diskaun insurans kenderaan yang diberikan oleh syarikat insurans di Malaysia:
1 tahun – Tiada diskaun yang diberikan
2 tahun – diskaun 25%
3 tahun – diskaun 30%
4 tahun – diskaun 38.3%
5 tahun – diskaun 45%
6 tahun – diskaun 55%

Namun begitu harus diingat, kadar diskaun ini hanya akan berterusan pada setiap tahun sekiranya tiada tuntutan dibuat sepanjang 12 bulan. Jika terdapat tuntutan, kemungkinan besar kadar insurans itu akan menjadi kembali kepada 0% pada tahun berikutnya.

Categories: Insurans Kenderaan

9 SEBAB KENAPA PEMANDU DI MALAYSIA PALING TERUK DI DUNIA

December 12, 2010 5 comments

Terdapat banyak sebab mengapa rakyat asing menganggap rakyat Malaysia sebagai pemandu paling teruk di dunia. Jika kita mengkaji secara mendalam mengapa kita sebagai pemandu-pemandu di Malaysia dianggap begitu oleh rakyat asing, pastinya antara sebab tersebut ialah:

1) Disiplin yang lemah di kalangan pemandu

Disiplin yang lemah menyebabkan ramai pemandu di Malaysia mengabaikan undang-undang di jalan raya. Contohnya seperti apabila menghadapi lampu isyarat merah, terdapat beberapa yang memilih untuk mengabaikannya dan sekaligus melanggarnya. Telah banyak berlaku kemalangan-kemalanga maut akibat daripada tindakan melanggar lampu isyarat merah ini.

2) Tidak mematuhi lampu isyarat

Sekali lagi, disebabkan disiplin yang lemah, pemandu-pemandu dan penunggang motosikal lebih cenderung untuk mengabaikan lampu isyarat. Ini merupakan satu lagi contoh di mana pemandu tidak mengikuti lampu isyarat. Jika diperhatikan terdapat beberapa kenderaan yang pada mulanya berhenti ketika lampu merah akan bergerak kerana sudah tidak sabar lagi untuk menunggu terlalu lama. Sikap tidak sabar di lampu isyarat ini cukup berbahaya. Kemalangan-kemalangan boleh berlaku dengan mudah. Pemandu kereta adalah dinasihatkan untuk berfikir dengan berhati-hati mengenai ini.

3) Memotong di sebelah kiri jalan

Memotong di sebelah kiri jalan tidak dibenarkan kerana ia berbahaya. Tetapi pemandu-pemandu Malaysia kelihatan gemar untuk menggunakan cara ini ketika memandu. Selalu kita lihat penunggang motorsikal yang gemar untuk memotong di sebelah kiri jalan.

4) Memandu terlalu laju

Walaupun terdapat papan tanda had laju di sepanjang jalan raya, tidak ramai yang mematuhinya. Kebiasaannya had laju untuk lebuhraya-lebuhraya persekutuan ialah 80 atau 90 kilometer sejam manakala lebuhraya-lebuhraya yang menghubungkan antara negeri-negeri di Semenanjung Malaysia seperti Lebuhraya Utara Selatan, had lajunya ialah 110 kilometer sejam. Banyak kes kemalangan maut yang berlaku di negara ini adalah akibat daripada memandu terlalu laju. Oleh itu, sila patuhi had laju. “Biar Lambat Asal Selamat”.

5) Tidak berhenti di persimpangan

Ramai pemandu dan penunggang motosikal mempunyai satu kecenderungan untuk tidak berhenti di persimpangan. Terutamanya di simpang jalan yang tidak mempunyai lampu isyarat walaupun terdapat papan tanda “Berhenti” di situ. Cara sebegini mudah mengakibatkan kemalangan. Alangkah bagusnya jika semua pemandu di Malaysia dapat berhenti terlebih dahulu ketika di persimpangan. Kemudia lihat kiri dan kanan jalan, jika tiada kenderaan barulah anda boleh meneruskan perjalanan. Dengan ini sekaligus dapat mengurangkan kadar kemalangan.

6) Tidak memakai topi keledar

Walaupun terdapat satu undang-undang yang memerlukan penunggang dan pembonceng motosikal untuk memakai topi keledar, masih ramai yang tidak mengendahkannya terutama sekali di kampung-kampung dan kawasan pedalaman. Setiap tahun banyak kes kemalangan maut yang berlaku adalah melibatkan penunggang dan pembonceng motosikal. Kerajaan telah melancarkan banyak kempen untuk menggalakkan orang awam untuk memakai topi keledar. Baru-baru ini dalam satu kempen, sejumlah 135,000 topi keledar telah diberikan secara percuma kepada penunggang motosikal.

7) Kegagalan untuk menggunakan isyarat bila membelok

Penggunaan isyarat-isyarat dan penunjuk-penunjuk bila membelok adalah penting. Ia sebagai petunjuk kepada kenderaan lain di belakang dan hadapan anda. Kegagalan pemandu memberikan isyarat secukupnya ketika memasuki simpang mungkin akan menyebabkan anda dirempuh dari belakang oleh pemandu lain.

8) Memotong di garisan-garisan berkembar

Memotong di garisan-garisan berkembar adalah tidak dibenarkan sama sekali. Oleh itu, jangan sesekali melakukannya kerana ianya amat berbahaya. Kebiasaannya garisan-garisan berkembar ini ada di selekoh-selekoh tajam. Pemandu sama sekali tidak dapat melihat dengan jelas kehadiran kenderaan di hadapan. Ini juga merupakan faktor utama banyak kemalangan jalan raya berlaku di Malaysia.

9) Gagal berhenti di lintasan pejalan kaki

Di Singapura , kegagalan pemandu untuk berhenti di lintasan pejalan kaki ketika ada yang mahu melintas adalah satu kesalahan yang serius. Walaubagaimanapun, di Malaysia pemandu-pemandu lebih gemar untuk meneruskan perjalanan walaupun melihat ada pejalan kaki yang mahu melintas di lintasan tersebut. Sikap ini cukup mengecewakan kerana ianya tidak menunjukkan rasa bertimbang-rasa dan bertanggungjawab di kalangan pemandu di negara ini.

Categories: Undang-Undang