Home > Lesen Memandu, Ujian Motorsikal > TIPS-TIPS UNTUK LULUS UJIAN JPJ – KELAS B2 (MOTORSIKAL)

TIPS-TIPS UNTUK LULUS UJIAN JPJ – KELAS B2 (MOTORSIKAL)

Dalam ujian praktikal kelas B2, calon harus menunggang dengan baik dan yakin. Walaupun ia nampak mudah, calon perlu mendapatkan latihan sepenuhnya sebelum menghadapi ujian. Ini bagi memudahkan calon ketika menghadapi ujian nanti kerana semua latihan yang dijalankan adalah sama dengan ujian tersebut.

Pertama sekali harus diingat, sebelum mula menunggang motorsikal, calon perlu memakai topi keledar dengan cara yang betul iaitu kemas. Pastikan tidak ada ruang yang longgar ketika mengikat tali topi keledar itu.

Antara halangan yang calon akan hadapi di bahagian 2 ujian jpj ialah membuat pusingan 8. Pastikan anda menunggang di atas pusingan 8 itu dengan menggunakan gear yang kedua. Ianya merupakan gear yang lebih lancar, tidak terlalu perlahan dan tidak terlalu laju. Ikut betul-betul pusingan tersebut supaya tidak terbabas. Calon sama sekali tidak dibenarkan untuk menurunkan kaki ke atas jalan raya.

Selepas itu, calon perlu melepasi laluan titi sepanjang 7 atau 8 meter dalam tempoh 7 saat ke atas. Di sini calon mestilah menunggang secara perlahan dan pandai untuk mengimbangkan motor di atas titi tersebut dengan menggunakan gear 2. Cuba buat kiraan “satu ribu satu” hingga “satu ribu tujuh” ketika di atas titi tersebut. Selesai kiraan, calon boleh terus bergerak ke depan untuk menuruni titi tersebut.

Halangan ketiga ialah mengawal motorsikal ketika melalui antara kon-kon yang diletakkan secara “zig-zag”. Di sini ialah halangan yang paling mudah untuk dilakukan oleh calon. Sekali lagi diingatkan, jangan turunkan kaki ke atas jalan raya.

Yang terkakhir sekali dalam bahagian 2 ialah memberhentikan motorsikal secara kecemasan. Dengan had laju yang sederhana, calon dikehendaki berhenti dalam ruang yang diberikan. Calon perlu untuk menekan brake tangan dan brake kaki serentak di sini. Ketika berhenti, hanya kaki kiri sahaja memijak jalan raya. Kaki kanan masih di atas brake.

Selesai ujian bahagian 2, kini calon perlu pula untuk melepasi ujian bahagian 3 iaitu ujian jalan raya. Calon perlu memeriksa topi keledar terlebih dahulu supaya ikatannya kemas. kemudian, periksa satu persatu lampu hadapan dan belakang, lampu brake, lampu signal kiri dan kanan di hadapan dan belakang, side mirror kiri dan kanan serta bunyikan hon sebelum berjalan.

Pastikan calon memberikan isyarat signal dan isyarat tangan sebanyak tiga kali  jika ingin belok ke kiri atau kanan. Ketika berhenti, pastikan tangan kanan diangkat menandakan calon berhenti. Apabila selesai, turun dari motor dan letak motor tersebut dengan “Stand” dua kaki. Menggunakan “stand” satu kaki akan mengakibatkan calon ditolak  markah.

Diharap tips-tips di atas dapat membantu anda dalam menghadapi ujian tersebut. Semoga Berjaya.

  1. den
    March 28, 2011 at 12:20 am

    terima kasih banyak-banyak atas tips ini. saya memang tengah risau sangat-sangat.

    • Jet Swan Tan
      February 26, 2024 at 2:32 pm

      Aku pula besok, ghisau

  2. December 12, 2011 at 9:30 pm

    risau masa meniti titi

    • teh
      December 17, 2011 at 12:44 am

      sya dh gagal msa kt mniti ..gramnyerr ..

      • NurFatin
        January 18, 2016 at 11:33 am

        Sye pn sme..kurang dri 7 saat..kne marah dgn cikgu yg mngajar..debar plak rsenye

  3. December 13, 2011 at 9:23 pm

    Di harap tips ini mampu membuat kan saya lulus

  4. nurul
    January 2, 2012 at 6:28 pm

    takut nya saya akan test jpj hari ahad ni,tolong doakan saya dan lain2 lulus…………amin……..

  5. amon
    January 5, 2012 at 5:31 pm

    sy dah 4 kali ambik test moto…keja gagal meniti je….time latihan biasa ok je tp bla test jpj mst sy jadi tkt…bru nk meniti trus trjatuh….blh tlg x bg tips cikit

  6. mhd faizal
    February 19, 2012 at 8:16 pm

    esok ada test jpj pla harap ngn ada nya tips ni sya harap brjaya lulus ngn clon yg lain amin …..

  7. mhd faizal
    February 28, 2012 at 10:23 pm

    eh geram nya ble gagal lg x pa r nk cuba juga

  8. athirah
    March 1, 2012 at 1:54 pm

    macam mana nk buat brek kecemasan dgn baik?

    • syasya
      December 4, 2013 at 8:01 pm

      tekan brek kaki baru tekan brek tangan ..
      behenti secara mengejutt sangatt
      buat macam reall

  9. March 7, 2012 at 1:49 am

    masa nak meniti tu pandang ujung saja..

  10. iza89
    March 9, 2012 at 9:46 pm

    saya pun tengah takut ni nak buat ujian jpj…
    risau pun ada… harap lulus la…
    tapi yang paling takut sekali masa nak meniti tu…
    saya ni baru pertama kali bawa motor… bawa motor pun kat litar je.. kat rumah tak ada…
    doakan saya lulus ya

    • azr9x
      March 11, 2012 at 2:24 pm

      nasib kita sama.. huhuh… x tau lar nak test bile.. rase nak tambah jam belajar je

  11. azr9x
    March 11, 2012 at 2:22 pm

    iza89 saya pun first time bawak motor kat litar je .. blajar bwak pun sendiri je sebab kat rumah x de motor.. huhu masa bawak kat litar cuak jugak.. kelas pertama asik tak lepas je titi
    .. ada pape tips x?

    • iza89
      March 11, 2012 at 9:43 pm

      saya mula belajar tu kat bulatan tak lepas tapi belajar kali kedua alhamdulillah lepas walaupun rasa takut2 sikit…
      kat titi tu nak masuk 5 jam baru lepas, sebelum ni asyik tak lepas je… susah jugak rasa… tapi bila tanya balik pada pengajar kat situ, katanya masa atas titi tu jangan tgk bawah, terus tgk kedepan dan saya cuba lakukan alhamdulillah boleh tapi jangan gelabah sangat….
      ikut kan masa saya dah tambah 13 jam dah tapi masih risau+takut…. tambah2 risau kot2 16/3 saya kena test jpj.. ni pun belum tahu jadi ke tak lagi test jpj

      • azr9x
        March 13, 2012 at 4:02 pm

        Nak tambah jam belajar pada hari yg sama atau pada hari lain? Gud luck 4 test jpj.. insyaallah lulus 🙂

    • Mazlinna
      December 3, 2021 at 7:24 pm

      Saya nak Tanya kalau gagal Di break kecemasan bila Kita ulang test jpj memang kena ulang semua sekali test ke? Atau ulang test brek kecemasan? Sebab anak saya gagal Di break kecemasan , bila ulang gagal Di titi pula…

  12. KMC
    March 12, 2012 at 9:26 am

    minta2 lulus..amin

  13. iza89
    March 28, 2012 at 7:35 pm

    alhamdulillah saya dah lulus semua ujian…
    syukur sgt2….
    kadang2 mcm tak percaya pulak…
    korang pun boleh lulus kalau sungguh2 belajar…

  14. Faridah Binti Mat Jawari@ fiedah
    April 3, 2012 at 10:26 am

    terima kasih banyak2. tips2 diatas memang banyak membantu saya. saya harap sangat2 saya lulus ujian jpj kali ke2 nanti

  15. tori
    April 10, 2012 at 12:23 am

    harap2 la sy lulus ujian jpj kali kedua nanti.. aritue fail kat titi.. doakan sy,, (^_^)

  16. April 10, 2012 at 2:36 pm

    mmng brgune tip2 nim ..thanx ..
    takut jgak ambik lesen nim kan ..hehheehee

  17. fida
    April 10, 2012 at 9:09 pm

    alhamdulillah……… berkat tips2 yg sgt bguna saya lulus test jpj ari ni……. seronok sgt…. terima kasih bnyk2. harap tips2 ni dpt mbntu rakan2 lain yg bakal ujian jpj nty. GOOD LUCK!!!!!!! THANK YOU VERY MUCH 😉

  18. MH
    April 12, 2012 at 9:37 pm

    cUAK JUGa…. kami punya sekolah test kejap jew….tak smpy 8jam…..so time blajar tu kna wat btul2 la…nk test kat mna lgi….dekat titi tu mmg susah jgak….bgi motor cap ayam pnye…esok my 2nd blajar motor………doakan sy moga2 dpt improve smua skill tue….OK

  19. setan kecik
    April 19, 2012 at 7:43 am

    cuak la plak… jap lg nk test jpj… dh 2 kli ggal… nk msuk ke 3… 1 ggal mse brek kcemasan…. ke 2 mse kt titi… hahaha jap lg x tau la llus ke x… hrap2 llus la….

  20. April 23, 2012 at 12:49 pm

    esok test jpj…Ya Allah…mudah2 an dpt lakukan semuanya dgn sempurna. Walwpun blajar 4 kali jer..~ Tapi alhamdulillah….berjaya blajr skit demi sdikit…wlwpon 1st learn tu agak cuak.. Harap2 esok dapat lah aku lakukan dgn terbaik wlwpun dpan jpj…tidak lagi cikgu2 sekolah memamdu yang amat aku sanjungi…Kepada rakan2 sperjuangan…jgnlah putus asa…gagal 1kali tak beerti gagal selamanya……………(stail ayat~….)

  21. putra
    May 19, 2012 at 10:46 pm

    tips yang berguna 🙂

  22. June 20, 2012 at 5:26 am

    esok test jpj harap dengan tips ini saya dapat lepas test jpj ni

  23. baby
    June 30, 2012 at 6:56 pm

    eh…mse test JPJ kene bunyi hon ea??asal mse bljr xde pn….just angkat tangan n pandang belakang je….sy ni pn xlame lg test JPJ…seram gak….mse QTI ok je….hope ok gak mse JPJ nnt….

  24. iwan
    July 23, 2012 at 8:46 am

    camna nak wat ujian titi dgn baik?

  25. MUHD HANIFF
    September 21, 2012 at 9:49 am

    DENGAR KATA LESEN B2 HARUS DIAMBIL KETIKA UMUR 17
    BILA AGAK2 IA BERKUAT KUASA

  26. anus
    October 28, 2012 at 9:26 am

    tlng ajar aku cara nk membwa motor.

  27. MAZLIATUL AZREEN
    November 10, 2012 at 12:34 pm

    First time blajar mtor aduhh bler2 jerr…isyarat tangan xbpe ingat g kt mne kna wt.blajar pn kjp sgt.nsib bek kt titi pnjg 2 x jtuh.tips kt ats ni mmg brguna la.leh gk aku tau ckit2 ape kna wt.mmg trbek laa………………………………

  28. anie saleh
    November 18, 2012 at 7:41 pm

    esk dh test jpj tkt nye nk bdpn jpj…bkn tkt ape nerves membelenggu dri…insyaallah esk bt yg tbaek…amin…

  29. eyma
    January 7, 2013 at 10:28 am

    saya baru nak amik P tp , rse tkut sgt .. smoga sume berjln lncar .. amin ….

  30. January 9, 2013 at 12:32 am

    aku pun 9/1 ada test jpj motor…risau juga..nie
    apa2x jgn duduk fikir sngat..FOKUS..

  31. Daniel
    January 14, 2013 at 9:47 pm

    boleh tanyer tak ??? tit yg harus dilalui berapa lebar???

  32. Daniel
    January 14, 2013 at 9:48 pm

    *titi

  33. Addy
    January 21, 2013 at 1:30 am

    terima kasih…tapi sape2 boleh tolong ajar saya semua isyarat tangan ….dah lupa … isyarat tangan ni je yg confuse sangat…aduhh

  34. yunie
    January 24, 2013 at 3:22 pm

    terima ksih sgt2..tips nie sgt brguna…sy tgh risau nie sbb xpnah menunggang motosikal…esk ad amali 3 jam…tkut sgt2 law terbabas

  35. Razi
    January 30, 2013 at 7:02 pm

    dpt juga thu tips2 menunggang motosikal ni..mudah je ni..

  36. anonymous 99
    February 15, 2013 at 2:43 pm

    ajarlah tips cara nak meniti dengan baik ples

  37. Eee..takutnye
    February 25, 2013 at 11:24 pm

    esk ada test jpj.. lets say a prayer for me. wish me the best of luck guys! im a bit nervous.. i could feel the butterflies are flying in my stomach.. Ya Allah, bantulah hambumu ini.. amen.

  38. Muaz
    March 5, 2013 at 7:07 pm

    klu nk senang beli la motor tyme da dapat lesen L.. practice.. lelama pndai la tu.. titi tu jd mudah bila da bisa selit2x kat tgh2x jalan time jem(pd yg x berani bawak moto.. practice kat tempat selamat dahulu.. jgn memandai bawa kat jalan raya.. sbb kekadang kreta x kesah sal penunggang moto.. diorg langar diorg xmati..kita yg mati ) record skrg 15 saat atas titi..
    klu xde moto tu mmg susah la.. 🙂

    but jika ada usaha pasti bjaya insyaAllah
    amin 🙂

  39. Muaz
    March 5, 2013 at 7:15 pm

    kat bahagian brek kecemasan tu.. tyme tranning.. korang test kesemua moto.. kekadang ade moto yg baru je tukar brek.. brek cengkam habis.. so sng la nk tseret tayar belakang.. klu brek cap ayam.. conform ssh.. tayar x sangkut..

    tp awas.. hati2x.. brek yg kuat blh mnyebabkan tayar terlalu tgelincir lalu blh menyebabkan kemalangan.. jgn tlalu laju .. cara sy.. tyme brek tu meletakkan berat badan ke kiri .. so tayar akan tgelincir ke kanan sahaja.. jika badan tegak.. kemungkinan tayar tgelincir mcm ular tinggi.. n menyebabkan motor x seimbang..

    tp bnda nie perlukan byk practice

  40. yunie
    March 6, 2013 at 5:18 pm

    mmgu dpn sy ada test jpj…tkut sgt2 kat bhg brek kecemasan tu

  41. KiCok MiKe
    March 12, 2013 at 6:03 pm

    amik licen umur 16 lepas ari jadi ke atau bulan 1 dah boleh amik licen?

  42. man'z
    April 23, 2013 at 5:32 pm

    tima kasih tip nie bnyak membantu saya,,,,,,semoga saya lulus,,,

  43. Saifuddin Rusli
    May 14, 2013 at 12:45 pm

    sy dh gagal 2 kali ujian di titi.. mase latihan sy oke je. kalau JPJ kasi percubaan kan bagus, ini dtng terus test.. stress betul.

  44. Jin
    July 18, 2013 at 4:54 pm

    sy dh gagal kali 2 titi 😦 knp tak bg warm up dulu…

  45. kawa do ekspresu
    July 23, 2013 at 7:08 am

    Hurrah, that’s what I was looking for, what a stuff! present here at this weblog, thanks admin of this web site.

  46. faizal
    September 8, 2013 at 4:48 pm

    harap saya lulus selasa ni 😀

  47. Titian Perjalanan
    September 11, 2013 at 1:52 am

    Tips naik titi, yang pertama baca bismillah =), lepas tu kena bagi tayar motor betul2 lurus sebelum naik titi, jangan senget. Semasa berada di atas titi, jangan sesekali pandang bawah, atau pandang depan tayar motor, pandang hujung titi. Kalau hendak stabilkan motor atas titi, rendahkan badan sedikit, jangan ala2 mat rempit sudah =P.

  48. December 9, 2013 at 4:44 pm

    kena tekan brek jugak tak waktu tunggang ats titi tu???

  49. nnv
    December 23, 2013 at 4:36 am

    waktu berhenti last tu. bukan ke kena tengok belakang then angkat tangan?

  50. omel
    February 13, 2014 at 4:12 pm

    nak tanye,pusat memandu slalu guna motosikal ape??

    • Dini
      September 20, 2017 at 4:47 pm

      Saya pun nak tau gak.. moto sana ringan x??

  51. ALISHA
    February 18, 2014 at 11:21 pm

    macam mana nak ada keyakinan bwk motor ni?? haish takutnya esp kat titi tuh

  52. mohd asrol kamel
    February 23, 2014 at 8:52 pm

    Kcak 2

  53. ebing
    March 26, 2014 at 10:22 am

    huuu…hri nk duduk qti dj utk test jpj nti..tpi yg tktny ni sy lngsng x ingt apa yg plu dlkkn lw time mw break kcmsn dh..

  54. June 2, 2014 at 10:06 am

    Sy dah 3 kali kelas motor…3 kali gak tergolek atas titi tu. lebam2 la kaki. huhuhu.
    Cikgu sampai hairan kenapa susah sangat nak lepas. dia kata yang lain semua sy boleh buat..tapi time titi je mesti kantoi. adeh…semua tips org bagi dah buat. tapi tetap macam tu jugak. lagi 3 minggu ada test JPJ. Tak tahulah camana nak harungi . Tawakal je la..

    • Jejaka Kayu
      August 25, 2014 at 11:51 am

      Masa atas titi jgn tekan brek dan jgn pulas minyak. Tu je tips dia. Balancing tu penting.

  55. zakirul
    March 8, 2015 at 4:40 pm

    ap pun mou tolong lurus kalo ta bola mou tampar boa ta

  56. March 11, 2015 at 12:57 am

    Aduuhh,mati lah kali ni

  57. FaFaDesu
    April 2, 2015 at 12:55 pm

    HUHU :”( saya dh ambik test JPJ dua kali.. huhu.. mcm nk ckp eh.. sya pun sama time praktis okay.. tp time exam cm takut2 sikit.. apatah lagi time masa nk meniti 2.. rasa cm x confident time JPJ 2 suruh jalan.. ermm saya rasa down sgt ouhh :(( smpai pengajar saya 2 ckp awak sebernanya boleh lulus..tpi awak takut2..

  58. haz li
    April 7, 2015 at 5:03 pm

    macam mana nak buat isyarat tangan masa pusingan bulatan?? saya dah buat seperti yang diajar tetapi gagal….

    • Fatihah
      April 9, 2015 at 1:00 am

      Sy dah 2 kali dah test jpj untuk motosikal . Sedih la ,xlepas2 . Skrg ni mmg gementar . Asyik pikir psl tu je . Tak tahu la nasib sy lepas ni . Nk masuk kli ke3 dah . Huhuhu ..duit habis kat situ je la . Klau bg warm up dulu takpe la jugak .

    • Hhh
      February 7, 2020 at 8:08 am

      Apa rutin selamat?

  59. mastura
    November 12, 2015 at 6:19 pm

    Sekali tu lepas titi tapi sekarang tak lepas. Maybe sebab demam kot. Ya Allah permudahkanlah segala urusan hambaMu ini. Amin…

  60. Leeya
    April 19, 2016 at 2:17 pm

    Masa brek kecemasan kurang tujuh saat atau berapa ye? Esok saya jpj 😭 doakan saya dipermudahkan 😭

    • October 14, 2016 at 2:28 pm

      Sy gagal kat break kecemasan geraaaaammm

      • fadh
        August 7, 2018 at 1:05 pm

        test jpj smlam gagal kat brek kecemasan jgk..sedih nau… mandatori masa lebih dari 6 saat.. (saya gi pulun 6.62 saat )😅

  61. unicorn
    December 17, 2016 at 2:48 am

    terima kasih atas tips ini

  62. Dini
    September 20, 2017 at 4:45 pm

    Saya ni xreti double stan so saya redha jelh😂 nak tanya ni..saya xreti sgt hidupkan enjin guna kaki..kalau boleh pun kena berdiri..duduk mmg ceter dia xhidup2 lh.. so kt sana nanti boleh je kn hidupkan enjin semasa berdiri😅?? Almaklumlh saya ni berbadan kecil..

  63. Nazirah bt Mohd Nasir
    July 30, 2018 at 12:05 am

    Saya nak tanya kalau beberapa xlulus ujian komputer boleh ambil ujian apa..

  64. N.j
    August 8, 2018 at 2:36 pm

    Kenapa sekolah memandu sini bagitau dekat brek kecemasan tu kurang daripada 6 saat pulak? Peraturan baru ke? Dalam buku takde pun.

  65. Ina
    August 28, 2018 at 8:41 pm

    Dekat kon tu pkai gear brpe ya ? KT laluan brek kecemasan tu pkai gear brpe? KT bonggol pkai gear brpe? Dkt kon sya pkai gear 3 tpi still x lepas. Ade tips x? Maaf bnyk tnya sbb first time bwa mto ,KT umh xde mto untuk bljr.

  66. iiman
    April 20, 2019 at 8:44 pm

    kalau nak start bahagian 3 pon kena angkat tgn 3 kali ka?

  67. Deen
    February 12, 2022 at 1:43 pm

    titi, kon, and bonggol susah nk balance. Takot ujian jpj sebena nnti fail.

  68. kimi zainal
    March 26, 2022 at 7:02 pm

    terima kasih untuk tipsnya

  69. November 3, 2022 at 9:03 am

    Harini aku JPJ mat….seriau laa plak…doa kn lulus arr

  1. No trackbacks yet.

Leave a reply to anus Cancel reply