TIPS-TIPS UNTUK LULUS UJIAN JPJ – KELAS B2 (MOTORSIKAL)

Dalam ujian praktikal kelas B2, calon harus menunggang dengan baik dan yakin. Walaupun ia nampak mudah, calon perlu mendapatkan latihan sepenuhnya sebelum menghadapi ujian. Ini bagi memudahkan calon ketika menghadapi ujian nanti kerana semua latihan yang dijalankan adalah sama dengan ujian tersebut.
Pertama sekali harus diingat, sebelum mula menunggang motorsikal, calon perlu memakai topi keledar dengan cara yang betul iaitu kemas. Pastikan tidak ada ruang yang longgar ketika mengikat tali topi keledar itu.
Antara halangan yang calon akan hadapi di bahagian 2 ujian jpj ialah membuat pusingan 8. Pastikan anda menunggang di atas pusingan 8 itu dengan menggunakan gear yang kedua. Ianya merupakan gear yang lebih lancar, tidak terlalu perlahan dan tidak terlalu laju. Ikut betul-betul pusingan tersebut supaya tidak terbabas. Calon sama sekali tidak dibenarkan untuk menurunkan kaki ke atas jalan raya.
Selepas itu, calon perlu melepasi laluan titi sepanjang 7 atau 8 meter dalam tempoh 7 saat ke atas. Di sini calon mestilah menunggang secara perlahan dan pandai untuk mengimbangkan motor di atas titi tersebut dengan menggunakan gear 2. Cuba buat kiraan “satu ribu satu” hingga “satu ribu tujuh” ketika di atas titi tersebut. Selesai kiraan, calon boleh terus bergerak ke depan untuk menuruni titi tersebut.
Halangan ketiga ialah mengawal motorsikal ketika melalui antara kon-kon yang diletakkan secara “zig-zag”. Di sini ialah halangan yang paling mudah untuk dilakukan oleh calon. Sekali lagi diingatkan, jangan turunkan kaki ke atas jalan raya.
Yang terkakhir sekali dalam bahagian 2 ialah memberhentikan motorsikal secara kecemasan. Dengan had laju yang sederhana, calon dikehendaki berhenti dalam ruang yang diberikan. Calon perlu untuk menekan brake tangan dan brake kaki serentak di sini. Ketika berhenti, hanya kaki kiri sahaja memijak jalan raya. Kaki kanan masih di atas brake.
Selesai ujian bahagian 2, kini calon perlu pula untuk melepasi ujian bahagian 3 iaitu ujian jalan raya. Calon perlu memeriksa topi keledar terlebih dahulu supaya ikatannya kemas. kemudian, periksa satu persatu lampu hadapan dan belakang, lampu brake, lampu signal kiri dan kanan di hadapan dan belakang, side mirror kiri dan kanan serta bunyikan hon sebelum berjalan.
Pastikan calon memberikan isyarat signal dan isyarat tangan sebanyak tiga kali jika ingin belok ke kiri atau kanan. Ketika berhenti, pastikan tangan kanan diangkat menandakan calon berhenti. Apabila selesai, turun dari motor dan letak motor tersebut dengan “Stand” dua kaki. Menggunakan “stand” satu kaki akan mengakibatkan calon ditolak markah.
Diharap tips-tips di atas dapat membantu anda dalam menghadapi ujian tersebut. Semoga Berjaya.
terima kasih banyak-banyak atas tips ini. saya memang tengah risau sangat-sangat.
risau masa meniti titi
sya dh gagal msa kt mniti ..gramnyerr ..
Di harap tips ini mampu membuat kan saya lulus
takut nya saya akan test jpj hari ahad ni,tolong doakan saya dan lain2 lulus…………amin……..
sy dah 4 kali ambik test moto…keja gagal meniti je….time latihan biasa ok je tp bla test jpj mst sy jadi tkt…bru nk meniti trus trjatuh….blh tlg x bg tips cikit
esok ada test jpj pla harap ngn ada nya tips ni sya harap brjaya lulus ngn clon yg lain amin …..
eh geram nya ble gagal lg x pa r nk cuba juga
macam mana nk buat brek kecemasan dgn baik?
masa nak meniti tu pandang ujung saja..
saya pun tengah takut ni nak buat ujian jpj…
risau pun ada… harap lulus la…
tapi yang paling takut sekali masa nak meniti tu…
saya ni baru pertama kali bawa motor… bawa motor pun kat litar je.. kat rumah tak ada…
doakan saya lulus ya
nasib kita sama.. huhuh… x tau lar nak test bile.. rase nak tambah jam belajar je
iza89 saya pun first time bawak motor kat litar je .. blajar bwak pun sendiri je sebab kat rumah x de motor.. huhu masa bawak kat litar cuak jugak.. kelas pertama asik tak lepas je titi
.. ada pape tips x?
saya mula belajar tu kat bulatan tak lepas tapi belajar kali kedua alhamdulillah lepas walaupun rasa takut2 sikit…
kat titi tu nak masuk 5 jam baru lepas, sebelum ni asyik tak lepas je… susah jugak rasa… tapi bila tanya balik pada pengajar kat situ, katanya masa atas titi tu jangan tgk bawah, terus tgk kedepan dan saya cuba lakukan alhamdulillah boleh tapi jangan gelabah sangat….
ikut kan masa saya dah tambah 13 jam dah tapi masih risau+takut…. tambah2 risau kot2 16/3 saya kena test jpj.. ni pun belum tahu jadi ke tak lagi test jpj
Nak tambah jam belajar pada hari yg sama atau pada hari lain? Gud luck 4 test jpj.. insyaallah lulus
minta2 lulus..amin
alhamdulillah saya dah lulus semua ujian…
syukur sgt2….
kadang2 mcm tak percaya pulak…
korang pun boleh lulus kalau sungguh2 belajar…
terima kasih banyak2. tips2 diatas memang banyak membantu saya. saya harap sangat2 saya lulus ujian jpj kali ke2 nanti
harap2 la sy lulus ujian jpj kali kedua nanti.. aritue fail kat titi.. doakan sy,, (^_^)
mmng brgune tip2 nim ..thanx ..
takut jgak ambik lesen nim kan ..hehheehee
alhamdulillah……… berkat tips2 yg sgt bguna saya lulus test jpj ari ni……. seronok sgt…. terima kasih bnyk2. harap tips2 ni dpt mbntu rakan2 lain yg bakal ujian jpj nty. GOOD LUCK!!!!!!! THANK YOU VERY MUCH
cUAK JUGa…. kami punya sekolah test kejap jew….tak smpy 8jam…..so time blajar tu kna wat btul2 la…nk test kat mna lgi….dekat titi tu mmg susah jgak….bgi motor cap ayam pnye…esok my 2nd blajar motor………doakan sy moga2 dpt improve smua skill tue….OK
cuak la plak… jap lg nk test jpj… dh 2 kli ggal… nk msuk ke 3… 1 ggal mse brek kcemasan…. ke 2 mse kt titi… hahaha jap lg x tau la llus ke x… hrap2 llus la….
esok test jpj…Ya Allah…mudah2 an dpt lakukan semuanya dgn sempurna. Walwpun blajar 4 kali jer..~ Tapi alhamdulillah….berjaya blajr skit demi sdikit…wlwpon 1st learn tu agak cuak.. Harap2 esok dapat lah aku lakukan dgn terbaik wlwpun dpan jpj…tidak lagi cikgu2 sekolah memamdu yang amat aku sanjungi…Kepada rakan2 sperjuangan…jgnlah putus asa…gagal 1kali tak beerti gagal selamanya……………(stail ayat~….)
tips yang berguna
esok test jpj harap dengan tips ini saya dapat lepas test jpj ni
eh…mse test JPJ kene bunyi hon ea??asal mse bljr xde pn….just angkat tangan n pandang belakang je….sy ni pn xlame lg test JPJ…seram gak….mse QTI ok je….hope ok gak mse JPJ nnt….
camna nak wat ujian titi dgn baik?
DENGAR KATA LESEN B2 HARUS DIAMBIL KETIKA UMUR 17
BILA AGAK2 IA BERKUAT KUASA
tlng ajar aku cara nk membwa motor.
First time blajar mtor aduhh bler2 jerr…isyarat tangan xbpe ingat g kt mne kna wt.blajar pn kjp sgt.nsib bek kt titi pnjg 2 x jtuh.tips kt ats ni mmg brguna la.leh gk aku tau ckit2 ape kna wt.mmg trbek laa………………………………
esk dh test jpj tkt nye nk bdpn jpj…bkn tkt ape nerves membelenggu dri…insyaallah esk bt yg tbaek…amin…
saya baru nak amik P tp , rse tkut sgt .. smoga sume berjln lncar .. amin ….
aku pun 9/1 ada test jpj motor…risau juga..nie
apa2x jgn duduk fikir sngat..FOKUS..
boleh tanyer tak ??? tit yg harus dilalui berapa lebar???
*titi
terima kasih…tapi sape2 boleh tolong ajar saya semua isyarat tangan ….dah lupa … isyarat tangan ni je yg confuse sangat…aduhh
terima ksih sgt2..tips nie sgt brguna…sy tgh risau nie sbb xpnah menunggang motosikal…esk ad amali 3 jam…tkut sgt2 law terbabas
dpt juga thu tips2 menunggang motosikal ni..mudah je ni..
ajarlah tips cara nak meniti dengan baik ples
esk ada test jpj.. lets say a prayer for me. wish me the best of luck guys! im a bit nervous.. i could feel the butterflies are flying in my stomach.. Ya Allah, bantulah hambumu ini.. amen.
klu nk senang beli la motor tyme da dapat lesen L.. practice.. lelama pndai la tu.. titi tu jd mudah bila da bisa selit2x kat tgh2x jalan time jem(pd yg x berani bawak moto.. practice kat tempat selamat dahulu.. jgn memandai bawa kat jalan raya.. sbb kekadang kreta x kesah sal penunggang moto.. diorg langar diorg xmati..kita yg mati ) record skrg 15 saat atas titi..
klu xde moto tu mmg susah la..
but jika ada usaha pasti bjaya insyaAllah
amin
kat bahagian brek kecemasan tu.. tyme tranning.. korang test kesemua moto.. kekadang ade moto yg baru je tukar brek.. brek cengkam habis.. so sng la nk tseret tayar belakang.. klu brek cap ayam.. conform ssh.. tayar x sangkut..
tp awas.. hati2x.. brek yg kuat blh mnyebabkan tayar terlalu tgelincir lalu blh menyebabkan kemalangan.. jgn tlalu laju .. cara sy.. tyme brek tu meletakkan berat badan ke kiri .. so tayar akan tgelincir ke kanan sahaja.. jika badan tegak.. kemungkinan tayar tgelincir mcm ular tinggi.. n menyebabkan motor x seimbang..
tp bnda nie perlukan byk practice
mmgu dpn sy ada test jpj…tkut sgt2 kat bhg brek kecemasan tu
amik licen umur 16 lepas ari jadi ke atau bulan 1 dah boleh amik licen?
tima kasih tip nie bnyak membantu saya,,,,,,semoga saya lulus,,,
sy dh gagal 2 kali ujian di titi.. mase latihan sy oke je. kalau JPJ kasi percubaan kan bagus, ini dtng terus test.. stress betul.