LANGKAH-LANGKAH UNTUK MENDAPATKAN LESEN MEMANDU
Di bawah ini diterangkan secara ringkas mengenai Langkah-Langkah Untuk Mendapatkan Lesen Memandu :
1) Pastikan Jenis Lesen Yang Mahu Diambil
Sebelum mendaftar dengan sekolah memandu, pastikan dulu umur anda sekarang sudah mencapai had kelayakan untuk mengambil lesen atau belum. Had umur untuk lesen motorsikal ialah 16 tahun manakala kereta ialah 17 tahun.

2) Mendaftar Dengan Sekolah Memandu
Pergi ke mana-mana sekolah memandu yang sah dan bincang mengenai harga, kemudahan pengangkutan, jumlah jam belajar dan sebagainya yang ditawarkan. Kemungkinan juga anda akan gagal ujian undang-undang dan ujian praktikal JPJ. Pastikan anda bertanya kepada pengusaha sekolah memandu tersebut mengenai jumlah bayarannya. Begitu juga dengan Lesen L dan P. Adakah ia termasuk dalam jumlah bayaran tersebut. Kebiasaannya harga untuk semua itu bagi lesen kereta ialah antara RM800 – RM950 manakala lesen motorsikal RM450 – RM550. Anda boleh mengurangkan kos seperti menolak kemudahan pengangkutan, mengurangkan jam belajar dan membayar sendiri lesen L dan P di JPJ. Jika sudah setuju boleh terus mendaftar di sekolah memandu tersebut dengan menyerahkan salinan MyKad, gambar 2 keping dan bayaran deposit. Pastikan resit pembayaran diterima.
3) Senarai Kelas Yang Wajib Diikuti
Kursus-kursus yang wajib anda hadiri ialah:
i) Kursus 5 jam K.P.P. (Kursus Pendidikan Pemandu).
ii) Ujian undang-undang berkomputer. Perlu lulus sebelum boleh mengikuti kelas seterusnya.
iii) Kursus Pra L – teori 3 jam dan amali 3 jam.
iv) Ujian pra kelayakan atau Q.T.I.
v) Ujian praktikal J.P.J.
4) Meghadiri kursus K.P.P. 5 jam.
Pilih hari yang sesuai untuk anda menghadiri kursus K.P.P. ini. Biasanya kelas bermula jam 9.30 pagi dan tamat pada jam 4.00 petang. Pastikan anda berpakaian kemas seperti memakai baju berkolar, seluar panjang dan kasut setiap kali anda menghadiri kelas memandu. Sijil K.P.P. ini sah laku selama 1 tahun.
5) Ujian Undang-Undang Berkomputer
Selepas 3 hari anda menghadiri kursus K.P.P., anda dibolehkan untuk menduduki ujian undang-undang berkomputer di pusat ujian berdekatan dengan rumah anda. Markah lulus ialah 42/50. Jika gagal anda perlu mendudukinya semula sehingga lulus bagi melayakkan anda menduduki kelas Pra L. Kebiasaannya anda akan dikenakan bayaran sebanyak RM50 untuk mendudukinya semula. Selepas lulus ujian undang-undang, anda diberikan sijil keputusan. Sijil ini sah laku selama 1 tahun.
6) Menghadiri Kursus Pra L – Teori 3 Jam dan Amali 3 Jam
Kehadiran ke kelas ini bagi membolehkan anda mendapatkan sijil JPJL2B. Dengan ini akan dapat Lesen L kira-kira seminggu selepas tarikh anda menghadiri kursus ini.
7) Belajar Memandu Kereta Atau Motorsikal
Lesen L melayakkan anda untuk belajar secara praktikal memandu. Untuk L motorsikal, anda sudah boleh memandu di jalan raya secara berseorangan. L kereta pula, anda perlu belajar memandu dari pengajar yang mempunyai sijil pengajar. Latihan memandu biasanya adalah selama 4 – 5 kelas atau 8 – 10 jam. Ia bergantung kepada calon itu sendiri. Ada juga yang belajar lebih dari itu. Sudah pasti harga juga akan meningkat. Untuk motorsikal, anda akan belajar membuat pusingan 8, titi, halangan kon, brek kecemasan dan jalan raya. Semua itu dilakukan di litar motorsikal yang disediakan oleh institut memandu. Untuk lesen kereta pula, anda akan diajar menaiki bukit, side parking, 3 penjuru dan jalan raya. Semua itu akan diajar di litar kecuali jalan raya anda akan diajar di jalan raya sebenar.
8) Ujian Pra Atau Q.T.I.
Ujian ini dijalankan sebelum anda dibenarkan untuk menduduki ujian praktikal J.P.J. Ia dijalankan oleh penguji yang bertauliah di institut memandu. Penguji-penguji ini biasanya akan melihat sejauh mana tahap pemanduan anda. Sekiranya gagal dia akan mencadangkan anda untuk belajar 1 atau 2 kelas lagi sebelum diuji semula. Setelah lulus anda boleh menempah tarikh ujian praktikal JPJ.
9) Ujian Praktikal J.P.J.
Anda akan diuji oleh penguji yang dihantar oleh pihak JPJ. Terdapat 2 bahagian iaitu litar dan jalan raya. Anda perlu lulus kedua-duanya bagi membolehkan anda mendapatkan lesen P. Jika gagal, kebiasaannya anda akan dikenakan caj tambahan sebanyak RM100 – RM200 termasuk 1 atau 2 kelas lagi belajar memandu.
10) Lesen P
Setelah lulus ujian praktikal JPJ, anda perlu menyerahkan butir-butir di bawah kepada sekolah memandu anda :
i) 1 keping gambar.
ii) 1 keping salinan fotostat MyKad.
iii) 1 keping salinan lesen L.
iv) Bayaran (jika ada)
Dalam tempoh sekurang-kurangnya seminggu anda akan mendapat lesen P tersebut.
saya telah mendapatkan lesen L ,langkah seterusnya ialah belajar memandu.
saya nak tanya ialah berapa bayaranyang perlu bayar untuk menjalankan ujian pratikal?
Biasanya untuk belajar memandu anda perlu sekurang-kurangnya menghadiri 8 jam kelas praktikal belajar memandu. Kos bergantung kepada sekolah-sekolah memandu. Anggarannya ialah kira-kira RM500 hingga RM650. Anda juga perlu tahu sama ada sekolah memandu tersebut menyediakan kemudahan pengangkutan untuk menjemput anda atau tidak. Perlu juga tanya sama ada lesen P juga diberikan atau perlu bayar sendiri. Jika semua ini sudah termasuk biasanya harga maksimum yang dicaj ialah RM650.
650 tu lesen motor ke kereta
Berapakah had umur untuk mendapatkan lesen memandu pada tahun 2011?
Saya rasa masih sama lagi seperti sekarang ini..16 tahun untuk motosikal dan 17 tahun kereta..
saya ambil lesen L untuk kereta dan motor, then saya dah dapat P untuk kereta, tapi masih lagi tak ambik ujian jpj untuk motor, dan sekarang, lesen kereta saya dah jadi lesen FULL.
saya stil kena ambik balik ke ujian komputer and dengar PDL jika saya nak buat lesen motor ?
Anda tidak perlu lagi untuk pergi kpp dan ujian undang2..disebabkan lesen L anda sudah lebih 2 tahun, anda perlu ke kelas ceramah teori L2B B2 semula untuk mendapatkan lesen L B2..jika anda sudah lulus ujian praktikal jpj untuk B2 nanti lesen CDL kelas D anda akan digantikan dengan baru menjadi lesen CDL kelas B2 / D.
Kalau tak silap saya jarak daripada tarikh terima Lesen L dengan Q.T.I. kena tunggu sebulan kan? saya tak pasti bahagian mana yang perlu tunggu sebulabn tu… Samada jarak antara L dengan QTI ataupun QTI dengan JPJ? boleh terangkan tak?
Jarak sebulan tu ialah antara tarikh lesen L dikeluarkan dan tarikh yang dibolehkan untuk mengambil ujian praktikal JPJ. Contohnya lesen L dikeluarkan pada 1 Jan. 2011, oleh itu anda boleh menduduki ujian praktikal JPJ pada 1 Feb. 2011. QTI boleh dilakukan pada bila2 masa dalam sebulan tu. Ia hanyalah syarat wajib lulus sebelum anda dibenarkan menduduki ujian praktikal JPJ.
Macam mana dan langkah yang diperlukan untuk mengambil kelas lesen I iaitu lesen untuk memandu excavator dan kenderaan yang berat. dan apa dokuments yang perlu disediakan untuk mengambil lesen tersebut?
saya dah ada lesen P untuk motosikal. then sekarang baru nak ambil lesen kereta..saya perlu mengikuti kursus KPP ke?ujian komputer?
anda tidak perlu lagi untuk menduduki kursus KPP dan ujian undang2..boleh terus ke kelas bengkel L2B kereta (teori 3jam dan praktikal 3jam untuk mendapatkan lesen L kelas D.
salam. sy nak buat lesen motor L n P berape ek? sy masih belajar kolej kt puchong.
tq.
rm1550 pakej sampai lulus..
bapak mahal ! boleh buat duit muke moto kot…
klau umo 16 tempoh sah untuk amek lesen smpai bile ???
Kalau saya hendak mengambil lesen memandu L pada tahun dpn adakah saya perlu ambilnya selepas harijadi saya yg ke-16 ataupon saya blh mengambilnya pada awal tahun?
Perlu tunggu tarikh harijadi baru boleh dengar ceramah KPP. Umur 16 tahun untuk lesen mitorsikal.
saya dah pergi amali kereta pada 9/3/2011 hari tu. tapi sekarang 25/03/2011 masih belum siap lagi lesen L saya. saya berhajat untuk menyambung proses mendapatkan lesen P saya di institut memandu lain. boleh kah saya memohon lesen L di istitut lain memandangkan istitut memandu yang saya hadiri menjalankan proses lesen saya dengan sangat lambat. bolehkah begitu?
Perlu dapatkan lesen L dulu. jika ingin bertukar ke tempat lain, perlu minta SM4 dan surat pelepasan dari sekolah memandu asal.
Thanks di atas info yang sangat berguna pada pemegang LDL..
Hello,sy hendak tanya sikit.
Sy sudah menghadiri kelas pra-L 3jam pada 30/04 lepas 2 sy diminta memilih ckg utk mengajar 3jam utk praktikal..
Dan pengajar menyuruh saya pergi ke institusi memandu pada 10/05 utk 3jam praktikal,tetapi setibanya di sana dia beritahu masa x cukup..dan dia menyuruh sy balik dan dia akan menolong sy keluarkan lesen l..tetapi setahu saya perlu diajar 3jam praktikal,dan thumbprint, dikeluarkan sijil jpjl2b..barulah keluar lesen l..tetapi dia menyuruh sy blik dan menunggu panggilan..bolehkah beri pandangan tentang ini? Saya harus tunggu brapa lama utk ambil lesen l?saya masih blm mdpt sijil jpjl2b saya..
Langkah untuk dapatkan lesen L adalah seperti yang saya nyatakan di atas : 1)KPP 2)Ujian Undang2 3)Kelas Teori 3jam & Amali 3jam. Selalunya dalam masa seminggu selepas anda hadiri kelas Amali 3 jam tu, anda akan dapat lesen L. Mengenai sijil JPJL2B tu, anda tidak akan dapat sebab cikgu anda akan serahkan sijil tersebut ke mana-mana JPJ untuk buatkan lesen L anda.
saya nak tahu , berapakah had umur untuk ambil lesen kereta pada 2012 ?
Buat masa sekarang, masih sama lagi, 17 tahun.
umur 15 boleh ambil lesen motor?? maksud saya, ( L ) saja…bukan P..bolehtak?
Tak boleh. Tunggu harijadi anda yang ke 16 baru boleh.
salam,
boleh saya tahu fi sekarang untuk yang amek motor license?
aku ada tanya dekat rumah saya, dia charge saya rm450.
harga init berpatutan keh??
aku ingat hanya rm211 tambah rm50 service?
aku dah ada lesen kereta dengan saya.
Harga bergantung kepada institut memandu. kebiasaannya jika sudah ada lesen kereta, harga dari RM300 hingga RM450. bergantung pada kos seperti penggunaan petrol, jika jarah rumah anda ke institut memandu. Kalau jauh, mahal lah sikit harganya.
saya dah ambil QTI untuk lesen kereta pada bulan nov 2010. tapi belum ambil JPJ test. adakah saya masih boleh ambil jpj test sekarang? atau saya kena ulang belajar dan ambil QTI semula?
Anda masih lagi boleh untuk mengambil ujian JPJ jika lesen L anda pada tarikh lulus bhg 1 masih sah atau lesen L anda belum sampai tempoh 2 tahun. Kalau ambil ujian di tempat yang sama tidak perlu lg buat QTI. Kalau ke tempat lain mungkin perlu buat semula. Jika ke tempat lain pastikan anda dapat borang SM4 dan surat pelepasan dari sekolah lama.
nk tanye ye, klu lesen motor, if dah dpt L, lepas tu kan kene buat praktikal 10 jam.. klu student da terer, maksud sy, kelas first ngan second die dah dpt buat dah ape yg diajar.. jd xpayah 10 jam pun xpe kan.. terus buat pra ujian jpj tu dgn institute memandu.. bole ke eh.. tq
praktikal 8 jam => pra ujian JPJ => ujian JPJ..semua ni dlm sebulan lesen L..bergantung juga pada guru mengajar..
nk tanya lesen L kereta berapa harga dia..?saya dah dapat P motor..
saya nak tau!!..had umur mengambil lesen motosikal b2 pada tahun 2012???
masih tidak berubah lg..16 tahun..
sy dah ade lesen b2 full, pastu sy baru selesai test dengan jpj dan lulus, adakah saya boleh terus memohon lesen memandu kompeten di jpj atau saya harus tunggu beberapa hari? dan berapakah anggaran saya harus bayar untuk kedua dua lesen tersebut? terima kasih
perlu tunggu 2-3 hari utk JPJ update result baru boleh buat lesen tu..harga bergantung kepada tarikh lesen B2..jika sudah melebihi 6 bulan, perlu bayar RM30.
salam ..ada soalan..boleh tak tukar sekolah memandu? saya di taiping dan akan berpindah ke rawang lepas raya kerana kerja…skrg saya pegang lesen L kelas B2 dab D
salam..boleh..cuba minta SM4 dan surat pelepasan dari sekolah memandu lama..
hye,,brape kos amik lesen kete + motor skang??
tahun depan betul ke naik had umur ??
klo x double stand motosikal utk b2 automatik x lulus walaupon yg laen perfect ? camna ngn ibu2 mngndung ? berat tuuuh
itu semua ikut budi bicara JPJ..
Salam, nk tanyer, klau nk amik lesen moto B full umor kene baper?
nak tanye. skarang ni sy berumur 15 tahun.dan taun depan sy berumur 16 tahun. tarikh lahir sy bulan 12. bolehke sy mengambil lesen motor sblum bulan 12. mcam bulan 2 atau 4.?
16 tahun dh boleh
mesti tunggu bulan 12 baru boleh masuk kelas KPP..
saye nak tanya untuk taun depan pengambilan lesen motor umur 16 tahun boileh tak?
Berapakah had umur untuk mendapatkan lesen kenderaan pada 2012?
saya nk tye dari tarikh kuar lesen L brapa lama untuk mengikuti kelas memandu,saya terdesak utk menyiapkan cpt latihan memandu..mengikut tempat daftar saya 2 minggu dari tarikh jpj test baru blh start belajar yg 8 jam tu,cukup ke masa sesingkat itu bagi org yg mmg x pandai langsung ..saya amik lesen kelas d
syarat JPJ di mana lesen L perlu matang selama 1 bulan untuk menduduki Ujian Praktikal..kebiasaannya sekolah memandu hanya akan mengajar minimum 8 – 10 jam sahaja..jika anda rasa jam belajar tersebut tidak cukup, anda boleh minta tambahan jam dr cikgu anda..pastinya akan ada tambahan bayaran akan dikenakan..sempat atau tidak sempat untuk pandai itu bergantung kepada kemampuan pelajar untuk cepat tangkap apa yg diajar..pengajar hanya memberi tunjuk ajar sahaja..
Nakk tanyee sikit boleh ? Brapekah had umur utk ambil lesen motosikal pada tahun 2012 yg akn dtg ? Brapekah hargenye ?
sya ingin tahu. untuk menghadiri kursus 3 jam,kursus k.p.p selama 5 jam dan sebagainya bermaksud belajar 3 jam sehari atau berterusan sepanjang hari?
kursus KPP 5 jam sehari..pg sampai ptg..
maksudnya, menghadiri untuk sekali saja?
ya..
nk tnye, brpe had umur utk pemohon lesen 2012?
Saya nak tanya, kalau saya daftar awal-awal lesen memandu, tapi dilewatkan sedikit pengambilan lesen tu boleh? contohnya, saya daftar oada 28 Disember 2011, tapi saya nak belajar dalam tempoh seminggu lepas tu. Boleh tak?
salam,, nak tanye.. untuk tahun 2012 umur kelayakan untuk ambil lesen berapa tahun ? masih sama mcm tahun lepas atau da berubah ?
sama
sy nk tnya..sy dh ambik lesen kereta pd tahun 2010..sy dh lulus ujian..tp sy tak buat lesen sah yg betul. sy tak perlu “P”..sbb sy dh hbs lesen “P” motor dh lama…masalahnya…boleh kew sy nk g bt lesen kereta sy utk yg dh berlalu setahu dulu…sy lulus cuma tak buat lesen. ..sape2 boleh tlg xplain dekat sy…:’( dan ape prosedur seterusnya…?
Test Card (kad warna biru) hanya sah selama setahun shj..sila ke JPJ yg berhampiran utk keterangan lanjut.
assalamualaikum , nak tanya ni, kalau umur kita 17 tahun bagi tahun 2012 , namun tarikh lahir ialah pada bulan 10 , boleh buat lesen kereta atau tak ? test kereta ialah automatik ataupun masih manual ?
wslm..perlu tunggu bulan 10 nnt baru boleh ambil lesen kereta..mungkin bulan 5 nnt akan start belajar dan test menggunakan kereta auto..
salam…nak tanya…sblm ni saya sudah buat test jpj tp lulus bhgn 2 sahaja..tinggal jlnry sahaja. yang belum lulus…tp disebabkn lesen saya dah tmt tempoh n belum renew lagi…adakh jika lesen l saya tamat tempoh selama 2 tahun maka apabila sy ingin menyambung semula lesen l saya tu..adakah saya perlu test semula bhgn 3 shaja iaitu jlnry keran bhgn 2 saya sudah lulus sblm ni..
salam..bila lesen L sudah tamat tempoh 2 tahun tu maknanya anda perlu mula dr kelas KPP semula..jika lesen L masih sah laku maknanya perlu lihat test kad sudah lebih 1 tahun atau belum..jika belum boleh ulang bhg yg gagal shj..jika dah lebih 1 tahun perlu ulang dua2 bahagian..
tahun ni kalau nk amik lesen motor dgn kereta umur brapa ?
salam… nk tanya, Undang-undang berkomputer sy masih laku tp kursus KPP sy dah tamat tempoh. klu nak continue perlu ambil kursus KPP semula ke? thanx.
keputusan ujian undang2 sah laku 1 tahun ..jika masih sah laku jadi tidak perlu ambil kursus KPP..boleh teruskan ke L2B..
ujian undang2 sy tamat april. klu smp masa tu sy blm lulus ujian jpj camner?
bila dh masuk L2B nnt dapat lesen L..so follow tarikh lesen L pula..2 tahun sah laku..
thanx a billion! sgt efektif
saya dah pergi kursus kpp slama 5 jam, nak tanya sijil khadiran tu bila dapat? sijil JPJL2A.
kebiasaannya sijil KPP dab L2B tu akan dipegang oleh cikgu anda..kerana sijil2 itu perlu diserahkan kepada JPJ ketika membuat lesen L anda nnt..
saya nk tanyer kalo amik lesen kereta dalam masa sebulan sempat x??
Betul ke 2012 masih same lesen moto(16) lesen kereta (17)
salam cikgu,,berapakah harga untuk ambil lesen L sahaja..bolehkah ckgu bagi detail harga untuk setiap step L..Cthnya. untuk daftar, KPP. ujian Komp ,Bengkel dan sehinggalah dapat L..Sy dh tanya pd sek memandu tpi dorang selalu bgi harga lumsum shj..Sy plan nak ambil satu satu dulu sebab tak cukup duit untuk sekaligus krn dalam masa yg sama sy masih belajar sendiri.
salam..maaf bertanya soalan lain sedikit daripada kawan2 kita diatas ni..sy nak tanya boleh tak buat lesen memandu L jika kita terlibat dalam kes kemalangan dan kes tersebut masih lagi belum dibicarakan? terima kasih
salam..perlu cek dengan JPJ sama ada nama anda sudah blacklist ke belum..jika belum masih boleh untuk ambil lesen..
lesen füll memandu sudah mati 2 tahun dapat kah saya membarukan nya lagi? belajar di oversea 3 tahun lepas jadi tak check yg lesen disini sudah habis.
berapa lama ceramah lesen L B2 bg yg dah pernah hadir ceramah untuk kereta? kira baru nak amek lesen motor pulak. berapa lama tempoh ceramah tu? 4 jam sahaja atau sama mcm kereta 6 jam? baru je dapat P untuk kereta bulan lepas.
hi!~saya mau tnya!~saya skrng tgktan5 tp tggl 1 bulan lgi bru 17tahun!~ble ka saya ambil lesen kereta sblum tarikh hari jadi saya yg ke17 taun thue!~
Bolehkah saya bertukar tempat ujian memandu? sebelum ni saya belajar dan mengambil ujian memandu di Johor. saya dah ambil ujian memandu pada bulan disember tahun lepas. saya gagal bahagian 2 tetapi lulus bahagian 3. Bolehkah saya mengulang semula ujian memandu di negeri lain sebab saya dah bertukar tempat kerja?
Boleh sy tau kalau lasen L dah Mati tapi masih belum habis belajar memandu adakah sy kena perbaharui..dan berapa lama tempoh yg diberi untk hidupkan lesen blk.
berapa lama belajar lesen memandu motor dan kereta untuk dapatkn lesen memandu P???
umur berberapa kah boleh mengambil lesen motosikal ?
Kalau terlalu pendek (jangan terasa) bolehkah dia mengambil lesen motosikal..
sekarang saya umur 14 thn pda tahun 2014 boleh saya mengambil lesen motosikan (sesetengah rakan kata dah x boleh)
saya nak tanya, kalau masa buat parking .. kita boleh guna cara kita sendiri x ??
kalau nak keluar parking boleh x reverse keluar reverse keluar .??
salam,
kalau fail jalan raya, pass bukit dgn parking – mase repeat test kene repeat due2 atau satu sahaje? tq
sya umur 15 tahun.tpi sye dengar lesen motor dh X boleh ambil mse umur 16 betul ke??
boleh lagi rasenya
Adakah pada tahun 2012 ini tahun yang terakhir untuk mendapat lesen bagi umur 16 tahun.
Harap jawapannya ,Terima Kasih
haha..memang tiap ahun akn dgr mcm tu….khabar angin jaa..jgn prcaya..its stil maintain 16 thn tukmoto dan 17 thn untuk kereta…soo don worry k.
Nak tanyaaa, lesen kereta umur 17 kan .. tahun ni saya 16. Kalau nak ambil lesen kereta boleh tahun depan terus ambil or kena tunggu until tarikh lahir sendiri ? I hope you get what I mean
salam,nak tanya sikit je xbyk
kalau kita dah ada lesen L kereta.
tamat tempoh L tu bila?sebab saya sedang belajar di U.
1 tahun 6 bulan baru saya habis belajar. sempatkah untuk menyambung lesen P?
salam.nak tanya.saya dh ada L motor lebih 10 tahun(masih hidup sbb sambung tiap2 tahun).dan lesen kereta D lebih dari 8 tahun.
sekarang saya nak upgrade lesen L ke B2.
apa yg saya perlu buat.kena buat ujian moto jugak ker.atau sekadar upgrade lesen shj.TQ
Saya dah ader lesen b2 full, so sekarang ni nak upgrade ke lesen B full. Saya nak tau berapa bayaran untuk belajar dan berapa jam masa wajib bagi kelas B full.
Saya nak bertanya tentang lesen L. Saya sudah mempunyai Lesen D Full, tapi saya mahu mengambil Lesen B. Perlukah saya mengambil Lesen L semula termasuk mengikuti K.P.P selama 5 jam dan ujian komputer?
Saya mempunyai Lesen P untuk B2, dan saya mahu mengambil untuk D. Perlu kah saya mengambil L semula ataupun saya perlu mengikuti kelas pra l sahaja?
salam sejahtera, saya ingin bertanya soalan, begini saya pernah menjalani ujian memandu kereta dan gagal di kedua2 bahagian, saya tidak membuat ulangan semula disebbkan faktor tertentu, masalahnya sekarang boleh ke tidak saya menggunakan lesen L tersebut untuk membuat latihan memandu semula ditempat yang lain dan dinegeri yang lain, atau saya perlu ada surat dari sekolah memandu??
salam sy nk tnya..lesen L saya dh tamat tempoh 2 tahun.. sewaktu saya ambil lesen dahulu saya ade kantoi pada bahagian warna.. dan saya dah pergi check yang saya tiada rabun warna..dn sewaktu ambil semula ujian dulu sy terus skip bahagian warna. kalau saya ambil lesen sekali lagi,ujian komputer tu. sy terus bawa keputusan check dari hospital boleh ke?? sbb sy rabun jauh bukan rabun warna. sy terus skip bahagian warna mcm dahulu..
BOLEH KOT… TP TUK KEPASTINYA P TNYA SEKOLAH MEMANDU LG SENANG N DETAIL INFO U DAPAT….
boleh ataupun tidak kad ujian memandu digantikan sebagai lesen memandu buat sementara waktu sebab sy tidak sempat nak pergi ke pejabat jpj….sy tinggal di asrama tiada kenderaan nak pergi..sy nak sewa kereta untuk ke pejabat jpj..boleh ke kad ujian memandu digunakan untuk digantikan lesen memandu sementara waktu ini…semua ujian jpj saya dah lulus..
salam…
sy tak tahu langsung pasal teknik pemanduan. Memang 0 knowledge. Apakah menjadi masalah kepada pengajar nanti dan apakah had umur bagi mereka yang ingin belajar memandu?
saya umur 15 tahun. bolehkah saya ambil lesen motor
TIDAK…U MASIH BAWAH UMUR..NAIK BASIKAL JE..K…HIHIHIHI
saya nak tanya,saya dah ambil ujian komputer tapi gagal.. sya tidak ambil ulangan sudah hampir 6 bulan,adakah saya kena ulangi semula kursus 5 jam?
Salam..saya ingin btanya,saya suda ada lesen PDL utk kereta,tp lesen keta blum FULL lg,saya dh dpt lesen LDL utk motor,ble ka saya mgambil latihan 8jam utk motor tahun 2013,sbb thn ni ada mslh kewangan,jd nak ambl latihan 8jam utk motor thn 2013,masi bole ka?yg saya risau kpp tamat tempoh bln 9 ni dan masi bole ka saya renew LDL utk moto sampai tahun 2013?
saya menghadirin kelas pra L pada 9 ogos, tetapi sekolah memandu mengeluarkan lesen L saya pada 13 ogos, so, bolehkan saya mengambil ujian pada 10 sept ??
kelayakan untuk ambil lesen memandu pada 2012…ada sesetengah orng cakap peraturan baru,pengambilan lesen kereta untuk yg lahir 1996 ke atas adalah berumur 21 tahun ke atas…adakah ini benar?
klu warga emas berusia 55 th ke atas, perlu penuhi semua syarat2 di atas ke?
betul ke sesiapa yng lahir tahun 1996 mengambil lesen kereta perlu umur 21 ke atas
betul ke lesen ambil perlu umur 21 ke.kenaapa sekaraga umur saya ialah 15 …….. saya billa saya nak ambil lesen ……………..
saya sudah mendapat lesen penuh untuk kereta.. boleh x lesen L semasa sya belajar kereta dulu digunakan untuk lesen L motosikal? sbb pada kad lesen L tu hanya tulis kelas D
Saya nak tanya..kalau lesen P dah tamat tempoh melebihi 2 tahun adakah kena ambik dan test lesen baru..termasuk ujian…Kpp dan sebagainya sebab ada org kata perlu ambik baru sebab dah lama sangat tamat tempoh
hi, rayuan memperbaharui lesen memandu CDL telah diluluskan. Saya telah dikecualikan bagi kaedah-kaedah berikut: 5(3)(e), 5(3)(a)(b)(d), Amali Asas, Modul Amali dan QTI. Berapakah bayaran untuk menjalani ujian bahagian II dan III????
sy nk tnya bolehkah sy ambil lesen b full terus tanpa b2 dahulu?? umur sy da ckup 16…
Kalau sudah 16 tahun tapi belum hari jadi,boleh ambil lesen l
saya ingin tahu lepas dapat lesen L, dalam berapa masa saya mesti mau dapat lesen P
nak tanya..saya Leseb B2….mahu membeli Kawasaki NInja 250rr…adakah lesen saya boleh untuk menunggang motor tersebut…yela,takut2 JPJ tahan plak dah sebab lesen bukan B full..
dengar kata lesen b2 mesti diambil bila kita berumur 17
bila agaknya ia berkuat kuasa
bolehkah lesen L diambil pada blan 1 sedangkan tarikh lahir saya 8.9.1997
Saya cadang nak ambil lesen kereta dengan motor sekaligus pada bulan disember ni. Tetapi saya masih berumur 16 tahun.
Hari lahir saya adalah pada februari.
Boleh ke ambil lesen kereta sekali ?
sy nak tnya kalau dah dapat L dan dah test JPJ tapi gagal bahagian jalan raya. boleh tak kalau lepas ni saya nak tukar sekolah memandu? jika boleh macam mana dengan uijian jpj coz sepatutnya saya just perlu ulang test jalan raya sahaja
saya nak tanya , tahun depan 2013 boleh ambil lesen lg bg umor 16 tahun ?? :/
sy nak tnya kalau dah dapat L dan dah test JPJ tapi gagal bahagian jalan raya. boleh tak kalau lepas ni saya nak tukar sekolah memandu? jika boleh macam mana dengan uijian jpj coz sepatutnya saya just perlu ulang test jalan raya sahaja?……………………
salam. nak tnya skit, slpas hbs kels 8jam n pra jpj, brpa hri baru ble test jpj..pas 2 dh lulus jpj, berpa hari P ble d peolhi??… thanks
salam. saya dah dapat lesen P untuk kelas D. tapi kelas B2 saya masih lagi L. lesen L tu dah mati sejak bulan 1 dahulu. saya nak tanya berapa kos untuk baharui lesen L itu? dan apakah keperluan yang perlu dibawa ketika memperbaharui lesen?
Berapakah lamanya u tunk dapatkan lesen L bagi motosikal ?
Saya sudah ada lesen D Full, tapi sekarang saya nak ambil lesen motorsikal pula. Perlu ke pergi ceramah semua?
ABSOLUTELY LAH KENA P BENGKEL N CERAMAH 2…N SENANG2 P TNYA KAUNTER KAT SEKOLAH MEMANDU DETAIL DY BG TAW…HUHUHUHU
hello ,
sya nk tnya sikit tentang ujina undang – undang jalan raya
agak2x nya lah susah kah tu huh?
sebab sya ahli baru belum pernah ambik lesen . . .
skrg sya ambik lesen memandu B2 motor
rep tq
SENANG JE..Y PENTING BACA SMPAI HBS BUKU KOKU 2 3X… N TIME TEST JAWAB BETUL2..JGN MEN CEPAT JE…N JGN AWAL SGT HBS JWB..BIAR 1JAM G2..K
Suma org pun baru. Mcm lah awk seorang je.. Bnde yg baru kne la bljar..
Salam , kalau 2014 boleh kah ambil lesen kereta pada umur 17 ? Kerana saya dengar umur 21 baru boleh,minta penjelasan.tq
saya baru bercadang untuk ambil lesen memandu. umur sekarang dah 23 tahun. nak tanya dalam masa 3 bulan bermula bulan ne boleh kah menghabiskan langkah-langkah pengambilan lesen?
BOLEH JE BOH…Y PENTING RAJIN..
Untuk tahun 2013 pengambilan lesen moto masih sama ? Thx
sekarang xde ke cara mudah nk ambil lesen?
kita nak mohon lesen kat mana?
tempat terdekat lah, senang sikit
Boleh sy tau kalau lasen L dah Mati tapi masih belum habis belajar memandu adakah sy kena perbaharui..dan berapa lama tempoh yg diberi untk hidupkan lesen blk.(lesen L dah mati bulan 4 hari tu,,, blh renew lg ke?)
BOLEH..LESEN L SAH 2THUN..G JE RENEW KAT JPJ LAW TEMPOH 2THUN MASI X TMAT..
Sy dh g krusu kpp n blm ambk test undang2 lg.sy ambk lesen moto ngn keta.blh ke law sy nk ambk lsen moto je.lesen keta sy cancel.
BOLEH JEE…P PEJABAT SEKOLH MEMANDU 2…CANCEL D…NAK B2 JEE…TP
Saya nak tanye ne .. Jika saya dah ada lesen kereta L dan P . Lepas tu saya baru saja mendapat lesen motor lesen L . Soalan saya saya nak tanya perlukah saya nak tunggu tempoh sebulan untuk menyelesaikan 8 jam, QTI dan JPJ ?
saya nak tanya…kalau hari yg saya jpj test, pastu lesen l sy da mati..macam mana?kene ambik semula ke?
sye nk tanye soaln ujian komputer ade berape? sye baru amik lsen l
Kalau nak amik L je , tana amik p . boleh ke ?
Tahun depan umur sy 19thn ,boleh kew sy ambil lesen motor lg dn berape bayarannye ?
salam,nak tanye. selepas menghadiri kursus,adakah terus dapat sijil atau selapas ujian kpp baru dapat sijil tuh?
assalam…
btul ke sy dgr khabar thun 2013 akn dibuat undg2 bru iaitu umo 21 bru bleh amik lesen ??
salam>>>
saya bru lepas test jpj saya gagal bahagian 2 tapi bhgian 3 saya lulus camne ye?
Salam, saya baru jer pas jpj, now need to apply lesen P, kena buat sendiri, tapi kg saya kat melaka, test buat kat taiping, so saya boleh tak balik melaka mohon lesen P saya?
pada tahun 2013 saya berusia 15 kalau selepas harijadi ke 16 (2014) bolehkah saya ambil lesen pada usia 16 dalam tahun 2014
HARGA pengambilan lesen disabah sangat mencekik darah .. dan akan bertanbah pada tahun 2013 !!
salam nak tanya sikit betul ke had umur untuk ambil lesen pada taun depan 21 tahun keatas???
saya dah separuh jalan belajar kereta,sekarang dahdpt lesen L,saya sudah melalui 3 kelas,hanya berbaki 2-3 kelas lagi,tapi saye masih belom mengusai kemahiran memandu,saya bercadang utk menukar utk mengambil lesen auto,,is it possible?macam mane dgn prosedur dan bayaran?
salam.. betul ke ade lesen auto n ape beza procedure dia?
salam. saya baru dapat lesen L kereta dan tak start kelas memandu pun lagi. kat lesen tu tulis tempoh 16/11/2012 – 15/2/2013. masalah skrg tak dapat nak belajar memandu sebab dah mula belajar. boleh tak kalau saya nak sambung kelas memandu tu bila cuti sem bulan 4/2013 nanti? dan perlu tak saya renew lesen? kat mana dan berapa sebenarnya tempoh sah lesen L kereta ni? sekian.
harap boleh balas komen secepat mungkin. terima kasih
Berapakah had umur untuk mendapatkan lesen memandu pada tahun 2013
apa makna kelas teori(3jam) dan amali(3jam)?adakah itu mengambil masa selama 6 jam?dan selepas teori dan amali ini adakah saya akan terus mendapat kad lesen L(bagi motosikal)?
salam , saya akan menjadi 17 pada 27 februari . dan utk register kena 1 bulan awal kan ? boleh lagi ke kalau saya nak register ? atau dah tukar pada umur 21 ? untuk lesen kereta
sy nk tahu brapa lama tmpoh mengmbil masa utk lesen L motor?
1 mggu je…FCYH
berapa lama tempoh untuk mengambil masa untuk lesen P kereta ?
pengambilan lesen memandu (automatik) tu lulus ke tidak? tahun 2013 ni ?
belum . automatik berbanding dengan manual cepat sikit ke dapat ?
nk tnye,,,ermm saya dah ade lesen kereta,,tp sekarang ini saya nak ambil lesen L untuk motor…so saya kena ambil semula ujian komputer kew…!!
Saya nak tanya nak ambil lesen berapa harga nya.
tolong balas
saye nak tanye kalau gagal test jalan raye brape tempoh mase max untuk repeat blek? kene repeat sume test atau test jln raye sahaja? saye amek lesen kete dan lesen L masih lagi bjalan..
saya nak tanya…saya harap ada yang jawab…saya ada lesen L motosikal…tapi bila saya test JPJ…saya gagal…sudah dua kali saya gagal…saya nak tanya,kalau saya guna lesen L untuk selama-lamanya boleh tak???
Barulah saya tahu. Bolehkah saya tahu jumlah yang diperuntukkan untuk lulus lesen L dan P berapa lama?
Kenapa masih nak tanya lagi, umur berapa boleh ambil lesen motor? Anda semua kenalah baca sendiri apa yang ditulis. Penat nak beritahu. Soalan macam budak-budak. Tidak tahu baca ka?
salam.sy dah pergi kursus KPP . Tarikh luput kursus dah hampir tamat.skrg sy baru nk ambil ujian statik dan belum lulus. sekiranya tarikh kursus KPP tamat dan sy masih belum lulus adakah sy kena bayar semula fee lesen motor dan ulang balik kursus KPP?
as’salam , saya nak tnya, berapa lama untuk dapatkan lesen L bagi motorsikal? bermula dari kelas 5 jam.
assalam . boleh x 16 tahun / 2013 nk amek lesen motor ?
assalamualaikum…nak tanye…berapa lama jangka masa kalau nak amek lesen motor???…makan mase lama x?…bulan 3,umur saya cukup 16.tq…
salam, saya dah ada lesen motor, saya nak ambil lesen kereta tapi masalah nye sekarang, diorang minta lesen L motor, lesen L motor tu dah xda….. mcam mana saya nak buat atau perlu laporkan pada sapa?
salam..saya dah lulus ujian jpj tetapi lesen P saya tdk dapat di keluar kan di sebab kan saya ada saman,,kalau saya bayar saman tersebut ada kah lesen P saya boleh di keluar kan..
salam…saman jpj yang dah setahun lebih tak di bayar ada kah saya boleh membuat pembayaran di kaunter jpj atau di mana..? di sebab kan saman tersebut lesen P saya tidak boleh di keluar kan..terima kasih..
nak tanya,macam mana erk kalo mo tukar institut belajar memandu ..saya belum lg ambil kursus L2B dan book cikgu.TQ
nk tanya blh x umur 19 thun 2013 ambl lesen kereta…
salam saya dah ada lesen memandu L kereta dan motor dan akan luput pada hujung bulan 5 ni. saya xdpt nak siapkan P awal oleh sebab sy belajar melalui ejen dan ditipu bayaran dan sebagainya. sy br nak ambil jpj test untuk motor 28hb ni. untuk kereta saya terpaksa tunggu queue sebab ramai y blaja kereta. Institut memandu kata lebih kurang dua bulan br dpt belaja kereta. persoalannya kalau sy dapat P moto tp lesen L untuk kereta kalau dah mati sy boleh buat P kereta ke?
sye dah lulus ujian jpj keta..lpas 2 kerani 2 ckap kna buat lesen p sendiri dkat jpj..berapa ek harga untuk buat lesen p?
Betul ke klu bayar teori harganya $380
Saya dah dapat lesen L motor..tapi belum dapat lesen p..bagaimana saya ingin ke bengkel untuk lesen kereta pula??
macam mna pula dengan lsen motor berkuasa tinggi?berapa ringgit kah yang diperlukan?
saya mahu tanya , boleh kah saya ambil lesen kejur sama GDL sedangkan p saya baru 3 bulan siap belum smpai 2tahun tahun lagi ..
nk tanye … klau amek lesen motor … pakai motor kita sndiri ke ? pakai motor automatik boleh ke ???
apakah boleh membuat lesen jika pernah di saman ?
sy telah mempunyai lesen L. saya ingin mengambil lesen P (auto) di tempat lain.Berapa bayarannya serta berapa jam jumlah minimum yang saya perlu belajar?
lesen P motosikal saya tamat pada 7/3/2013.apakah kesan apabila saya tidak menperbaharui lesen di kaunter jpj untuk mendpat lesen kompeten? berapakah tempoh yang diberi untuk menperbaharui lesen tersebut?
saye nak tanye..lesen moto 16tahun tu akan ditetap kn sampai bile bile kn..anak saye 14 so lagi 2 tahun je la…harap jpj x menukar had umur bagi lesen moto dan kereta…
Saya dah dapat lesan grthi pass di ps samy
Sesiapa ingin menjadi jutawaan mari lah join monavie company
0162679036
bolekah saya menyambung untuk menyempurnakan lesen memandu saya di negeri lain?
I NAK AMBIK LESEN TAPI I NAK TAHU BERAPA HARGA UNTUK LESEN MOTOR DAN KERETA
kalau saya ambil lesen motosikal (L) dah lulus semua…berapa hari boleh dapat lesen?
nak tanye lah. .saya dah dapat L tapi skrang tngah nak abiskan belajar 10 jam tu, ,macam mane kalau tempoh belajar tu dah lebih 3 bulan???masih boleh ke bak teruskan tuk amik JPJ atau kne renew dulu. .
Tumpang tnye, klu lesen ‘L’ dah mati tp x sempat nk ambil test JPJ so kene renew ke x yah. Then, bayaran renew nye pulak berapa. Lastly, klu dah ade lesen ‘L’ , test JPJ kat pusat memandu mane2 pon boleh kan?
Nak tanya, boleh tak klu nak amik jpj kat tempat berbeza? contohnya, amik klas dkt selangor, pastu nak buat jpj test dkt melaka. sekadar bertanya